Sabtu, 6 Disember 2008

Majlis Ihtifal Pasti Kawasan Bagan


Butterworth..." Kelihatan Pemangku YDP PAS Kawasan Bagan, En. Zaki Ismail (tengah) bersama dengan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan, En. Othman Jaafar (kanan) dan AJK PAS Kawasan Bagan, En. Zaidi Zakaria (kiri) sedang mendengar ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang, Sdr. Aziz Bin Che Ani, sempena Majlis Ihtifal Pasti Ke-10, yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur Butterworth..."

Majlis Ihtifal Pasti Kawasan Bagan


Butterworth..." Majlis Ihtifal Pasti Ke-10 Kawasan Bagan, yang diadakan pada 16 Disember 2008 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur Butterworth, yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PASTI Pulau Pinang, Sdr. Aziz Bin Che Ani..."

Khamis, 30 Oktober 2008

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran PAS Kawasan Bagan

"...Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Bagan, telah diadakan pada 26 Oktober 2008 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, No.1792, Lorong Kubur, Bagan Luar, 12000, Butterworth, Pulau Pinang..."
"...Majlis tersebut dihadiri oleh Naib Presiden PAS Pusat II, Tuan Haji Mohamad Sabu dan isteri, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (ADUN Sungai Puyu) dan Lim Hock Seng (ADUN Bagan Jermal), YB. Betty Chew Gek Cheng (ADUN Kota Laksamana, Melaka), YB. Hamdan Abdul Rahman (ADUN Permatang Pasir), Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, En. Mohd Fadzil Kemi, serta termasuklah beberapa tokoh pimpinan PAS Kawasan Bagan yang hadir seperti Pemangku YDP PAS Kawasan Bagan, En. Zaki Ismail, Pemangku Timbalan YDP PAS Kawasan Bagan, En. Raduan Hashim, Setiausaha PAS Kawasan Bagan, En. Saifulizam Ahmad, Bendahari PAS Kawasan Bagan, Tuan Haji Din Haji Zakaria, Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Bagan, Ustaz Yusof Khazali, Ketua Lujnah Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Ustaz Tobri Matlin dan Exco Pemuda PAS Kawasan Bagan, En. Azmi Jaafar...""...Difahamkan, majlis yang bermula dari jam 2.30 petang, dan berakhir pada jam 5.30 petang itu, dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Bendahari PAS Bagan, Tuan Haji Din Haji Zakaria, ucapan aluan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Bagan, Ustaz Yusof Khazali, perutusan Hari Raya oleh Naib Presiden PAS Pusat II, Tuan Haji Mohamad Sabu dan sedikit sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang disampaikan oleh Pemangku YDP PAS Kawasan, En. Raduan Hashim..."

-wartawan Sumber Berita Tempatan
Local News Resources (LONERs)
Hak cipta terpelihara

Tetamu kehormat yang hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Bagan

Tetamu Kehormat…” Kelihatan YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, (baju batik warna pink) Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu, (baju batik warna coklat) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, YB. Hamdan Abdul Rahman, (baju batik warna hijau) bersama-sama dengan Pemangku Timbalan YDP PAS Kawasan Bagan, En. Raduan Hashim (baju melayu warna biru), Bendahari PAS Kawasan Bagan, Tuan Haji Din Haji Zakaria (baju kemeja warna putih), dan Ketua Lujnah Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Ustaz Tobri Matlin (baju melayu warna oren) yang dilihat sejak dari awal lagi sudi untuk meluangkan masa bagi meraikan majlis jamuan Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Bagan, yang telah diadakan pada 26 Oktober 2008 diperkarangan Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur, Butterworth, Pulau Pinang…”
-Wartawan Sumber Berita Tempatan
Local News Resources (LONERs)
Hak Cipta Terpelihara

Ketua Menteri Pulau Pinang

"...Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menikmati jamuan Aidilfitri, sambil diperhatikan oleh Pemangku YDP PAS Kawasan Bagan, En. Raduan Hashim (baju melayu warna biru) dan Exco Pemuda PAS Kawasan Bagan, En. Azmi Jaafar (baju warna kuning)..."
-wartawan Sumber Berita Tempatan
Local News Resources (LONERs)
Hak Cipta Terpelihara

Pemangku Timbalan YDP PAS Kawasan Bagan bagi duit raya

"...Sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang disampaikan oleh Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan, En. Raduan Hashim, ketika majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada 26 Oktober 2008 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur, Bagan Luar, Butterworth..."

- wartawan Sumber Berita Tempatan
Local News Resources (LONERs)
Hak cipta terpelihara

Muslimat PAS Kawasan Bagan bergambar kenangan bersama Hajjah Normah & YB. Betty Chew

"...Beberapa tokoh pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan dilihat sedang bergambar untuk dijadikan kenangan bersama Hajjah Puan Normah (berkaca mata hitam dan bertudung warna kuning), iaitu isteri kepada Naib Presiden PAS Pusat II, Tuan Haji Mohamad Sabu, dan YB. Betty Chew Gek Cheng (berkaca mata), iaitu isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, merangkap ADUN Kota Laksamana, Melaka..."
"...Gambar ini dirakam ketika Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri berlangsung pada 26 Oktober 2008 diperkarangan Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan, Lorong Kubur, Butterworth, Pulau Pinang..."

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Bagan

"...Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, En. Mohd Fadzil Kemi (baju batik warna coklat) sedang menikmati jamuan Hari Raya Aidilfitri, sambil diperhatikan oleh Pemangku YDP PAS Kawasan Bagan, En. Raduan Hashim (baju melayu warna biru) dan Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Bagan, Ustaz Yusof Khazali (baju warna putih) yang berlangsung pada 26 Oktober yang lalu, diperkarangan Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bagan..."
"...difahamkan, beliau kini adalah Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..."

Kenali Menteri Besar Pakatan Rakyat

KENALI MENTERI BESAR ANDA
Menteri Besar SELANGOR
–Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.
Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Biodata:
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.
Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malayadan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Kerjaya: Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Selain itu MalaysiaDiscount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.
Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council(ABAC).
Anugerah: Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford.
Politik: Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.
Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.
Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor.
Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik..."
Menteri Besar Kelantan
–Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). – 1936 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa: Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu & Arab
Pekerjaan: Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik: 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil –
Ahli Parlimen Kelantan Hilir-1969-1974
Ahli Parlimen Kelantan Hilir-1974-1978
Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. 1982-1986 - Ahli Parlimen
Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik: 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.
Menteri Besar KEDAH:
Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak
Umur: 64 TAHUN
PENDIDIKAN: MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR (1966)
SARJANA MUDA SYARIAH Universiti AL-AZHAR 1972,
M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT CANTERBURY ENGLAND 1978
PENGALAMAN KERJAYA:PENSYARAH KETUA JABATAN SYARIAH UKM
PENGARAH URUSAN HARAKAH
PEKERJAAN SEKARANG: PESARA PENSYARAH/ PESARA ADUN
JAWATAN DALAM PAS: AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT
PESURUHAJAYA PAS KEDAH
YANG DIPERTUA PAS YAN
PENGLIBATAN NGO:AJK PERSATUAN BEKAS PELAJAR MELAYU TIMUR TENGAH AJK PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA AHLI PERSATUAN SYARIAH ASIA TENGGARA (SOUTH EAST ASIA ASSOCIATION)PENGALAMAN ANTARABANGSA: MUKTAMAR AL-HAJ ANJURAN ALL INDIAN IRANIAN ASSOCIATION NEW DELHI,INDIA PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI 1st ASEAN SYARIAH ADMINISTRATIONCONFERENCE WORKSHOP, MANILA (1983) PERSIDANGAN GERAKAN ISLAM SEDUNIA, TURKI (1995) PERSIDANGAN ISLAM SEDUNIA, LUNMAM (2001) CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA ISLAMIC LAW, MANILAHASIL PENULISAN ANTARABANGSA: DIRASAH HAWLA AT TASHRIQ AL ISLAMI, TERBITAN KEMENTERIAN HAL EHWALAGAMA ISLAM FILIPINA. INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW JURISPRUDENCE, TERBITAN OFFICE OFMUSLIM AFFAIR AND CULTURAL COMMUNITIES, QUEZON CITY, FILIPINA, 1986 SYARIAH, ADAT AND COMMAND LAW AMONGST THE MARANOAS OF SOUTHERNPHILIPPINES: AND EXPLORATORY AND COMPARATIVE STUDY, TERBITANSOUTHEAST ASIAN STUDIES PROGRAM.
Ketua Menteri Pulau Pinang
Nama: Lim Guan Eng
Tarikh Lahir: 08/12/1960
Status: Berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng
Pendidikan: Sekolah Rendah – Sekolah Inggeris PJ La Salle & Batu Pahat Montfort Sekolah Menengah – Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka Universiti – Monash University, Australia (Sarjana Muda Ekonomi)Kerjaya: Merupakan akauntan professional semenjak 1983.
Bank Senior Executive.
Politik: Ahli Parlimen Kota Melaka – 1986 hingga 1999 (3 penggal) Tahanan Politik (ISA) pada 27.10.1987 hingga 19.04.1989 (18 bulan) Dilantik sebagai Ketua Pemuda Socialis DAP pada 1992.Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha DAP pada 1995. Ditahan semula selama 18 bulan pada 25/08/1998 (Skandal Ketua Menteri Melaka,Rahim Tamby Chik) Dilantik sebagai Setiausaha DAP pada 2004.
Penglibatan Antarabangsa: Bekas Presiden MUISS (Monash University International Student Society).
Menteri Besar PERAK
–Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah AngloChinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri(1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membelibelah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firmaswasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buahnegara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang AhliJawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang DipertuaPAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan dibawahnya.
"Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.
"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. malah beliau sendiri mampu menyelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban. Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.
Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

Biodata Mursyidul Am PAS

Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Yang Amat Berhormat Dato'
Menteri Besar Kelantan ke-12 Penjawat kini Mula berkhidmat 1990 Timbalan Ahmad Yaakob Didahului oleh Mohamed Yaacob
Ahli Dewan Undangan Kelantan untuk N6 Chempaka

Penjawat kini Mula berkhidmat 1995
Majoriti 4249
Mursyidul Am PAS

Lahir 1931
Kota Bharu
Parti politik PAS
Pasangan Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Y.A.B. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.


Senarai kandungan

Latar belakang 1.1
Kehidupan peribadi 1.2
Pendidikan 2
Kerjaya politik 3
Kesihatan 4
Alamat 5

Latar belakang:
Kehidupan peribadi Rumah kediaman Nik Abdul AzizDilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

[2] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan:
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[3] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
Beliau juga pernah menuntut di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu Universiti Deoband, India – 1952 Universiti Lahore, Pakistan - 1957 Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.[3]

Kerjaya politik:
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.[4]
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.[5] Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.[6]
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[7] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.[8]

Kesihatan:
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.[9] Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
“ Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.[10] ”

Alamat:
Menteri Besar Kelantan,Pejabat Menteri Besar Kelantan,Tingkat 1 & 2, Blok 1,Kota Darul Naim,15502 Kota Bharu,Kelantan.

Biodata Presiden PAS

Nama:
Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
Tarikh Lahir: 20 Oktober 1947
Beliau merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau juga telah dikurniakan dengan gelaran "Dato' Seri Tuan Guru Haji"

Kehidupan awal 2
Keluarga 3
Pendidikan 4
Politik 4.
1 Pilihan raya 4
2 Antarabangsa 5
Kerjaya 5
1 Kerajaan 5
2 Badan bukan kerajaan

Kehidupan awal:
Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.
Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik.
Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

Keluarga:
Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak.
Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulong beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.

Pendidikan:
Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil Senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975)

Politik:
Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

Pilihan raya:
Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

Antarabangsa:
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-
Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

Kerjaya: (Kerajaan)
Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978.
Badan bukan kerajaan:

Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.

Penyandang Terdahulu Presiden PAS14
September 2003 – Kini

Sejarah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sejarah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ketua
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am)
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang (Presiden)
Diasaskan Pada: O4 April 1956
Ibu pejabat: Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Ideologi/pendirian politik rasmi:
Islamisme, fundamentalisme Islam, Teokrasi

"...Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara yang tercinta ini..."
Senarai kandungan:1
Sejarah penubuhan2
Presiden3
Senarai Kepimpinan Tertinggi PAS4
Ahli PAS bagi Parlimen Malaysia ke-12

Sejarah penubuhan:"...Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951)...""...Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan...""...Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948..."
"...Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah..."
"...Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928...""...Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya...""...Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob."...la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British...""...Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh...""...Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah, dan PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya...""...Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama...""...Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO...""...Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951...""...Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi, besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - PengerusiUstaz Haji Ahmad Maliki - SetiausahaTuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - AnggotaTuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - AnggotaTuan Haji Ahmad Tuan Hussein - AnggotaTuan Haji Mansor J.P - Anggota"...Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti...""...Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
Persatuan guru-guru agama dari Perlis.Persatuan ulama dari Kedah.Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.Kelab Darul Ehsan dari Selangor.Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi."...Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua AgungTuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua AgungTuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha AgungTuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari AgungAhli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:Tuan Haji Yahya JonedTuan Haji Uthman TalibTuan Haji Mohammad NorTuan Haji Zabidi AliTuan Haji Abdul WahabTuan Haji AssaiyaMuhammad MahzubTuan Haji Ahmad Nadur. "...Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi...""...Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur..."
PresidenNama/Tempoh perkhidmatan:Haji Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969Tan Sri Mohd Asri Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA) 1965 - 1966Tan Sri Mohd Asri Haji Muda 1969 - 1982Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - sehingga kini
Senarai Kepimpinan Tertinggi PAS
Nama/Jawatan:

Mursyidul Am-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Mursyidul Am-Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Presiden-Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden-Nasharudin Mat Isa
Naib Presiden I-Dato' Hj Husam Musa
Naib Presiden II-Haji Mohammad Sabu
Naib Presiden III-Ustaz Ahmad Awang
Ketua Dewan Ulama'-Ustaz Dato' Mohamed Daud Iraqi
Ketua Dewan Pemuda-Salahuddin Ayub
Ketua Dewan Muslimat-Ustazah Nuridah Salleh
Setiusaha Agung-Dato' Haji Kamaruddin Jaafar
Bendahari-Dr Mohd Hatta Ramli
Ketua Penerangan-Haji Mahfuz Omar
Pengarah Pilihanraya-Dato' Haji Mustafa Ali
Ahli PAS bagi Parlimen Malaysia ke-12:
Kedah
P7 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria
P8 - Pokok Sena - Mahfuz Omar
P11 - Pendang - Mohd Hayati Othman
P12 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar
P13 - Sik - Che Uda Che Nik
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman
P21 - Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
P22 - Pasir Mas - Ibrahim Ali (calon BEBAS bertanding atas tiket PAS)
P23 - Rantau Panjang - Siti Zailah Muhd Yusoff
P24 - Kubang Kerian - Salahuddin Ayub
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa
P28 - Pasir Puteh - Muhammad Husin
P31 - Kuala Kerai - Mohd Hatta Ramli
Terengganu
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa
P59 - Bukit Gantang - Roslan Shaharum

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad
P101 - Hulu Langat - Che Rosli Che Mat
P108 - Shah Alam - Khalid Abd Samad
P111 - Kota Raja - Siti Mariah Mahmud

Wilayah Persekutuan
P119 - Titiwangsa - Lo' Lo' Mohamad Ghazali

-Wartawan Sumber Berita Tempatan
Local News Resources (LONERs)
Hak Cipta Terpelihara