Khamis, 30 Oktober 2008

Kenali Menteri Besar Pakatan Rakyat

KENALI MENTERI BESAR ANDA
Menteri Besar SELANGOR
–Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.
Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Biodata:
Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.
Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malayadan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Kerjaya: Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Selain itu MalaysiaDiscount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.
Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council(ABAC).
Anugerah: Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford.
Politik: Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.
Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.
Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor.
Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik..."
Menteri Besar Kelantan
–Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). – 1936 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa: Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu & Arab
Pekerjaan: Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
Politik: 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil –
Ahli Parlimen Kelantan Hilir-1969-1974
Ahli Parlimen Kelantan Hilir-1974-1978
Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. 1982-1986 - Ahli Parlimen
Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulan Jawatan Politik: 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.
Menteri Besar KEDAH:
Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak
Umur: 64 TAHUN
PENDIDIKAN: MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR (1966)
SARJANA MUDA SYARIAH Universiti AL-AZHAR 1972,
M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT CANTERBURY ENGLAND 1978
PENGALAMAN KERJAYA:PENSYARAH KETUA JABATAN SYARIAH UKM
PENGARAH URUSAN HARAKAH
PEKERJAAN SEKARANG: PESARA PENSYARAH/ PESARA ADUN
JAWATAN DALAM PAS: AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT
PESURUHAJAYA PAS KEDAH
YANG DIPERTUA PAS YAN
PENGLIBATAN NGO:AJK PERSATUAN BEKAS PELAJAR MELAYU TIMUR TENGAH AJK PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA AHLI PERSATUAN SYARIAH ASIA TENGGARA (SOUTH EAST ASIA ASSOCIATION)PENGALAMAN ANTARABANGSA: MUKTAMAR AL-HAJ ANJURAN ALL INDIAN IRANIAN ASSOCIATION NEW DELHI,INDIA PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI 1st ASEAN SYARIAH ADMINISTRATIONCONFERENCE WORKSHOP, MANILA (1983) PERSIDANGAN GERAKAN ISLAM SEDUNIA, TURKI (1995) PERSIDANGAN ISLAM SEDUNIA, LUNMAM (2001) CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA ISLAMIC LAW, MANILAHASIL PENULISAN ANTARABANGSA: DIRASAH HAWLA AT TASHRIQ AL ISLAMI, TERBITAN KEMENTERIAN HAL EHWALAGAMA ISLAM FILIPINA. INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW JURISPRUDENCE, TERBITAN OFFICE OFMUSLIM AFFAIR AND CULTURAL COMMUNITIES, QUEZON CITY, FILIPINA, 1986 SYARIAH, ADAT AND COMMAND LAW AMONGST THE MARANOAS OF SOUTHERNPHILIPPINES: AND EXPLORATORY AND COMPARATIVE STUDY, TERBITANSOUTHEAST ASIAN STUDIES PROGRAM.
Ketua Menteri Pulau Pinang
Nama: Lim Guan Eng
Tarikh Lahir: 08/12/1960
Status: Berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng
Pendidikan: Sekolah Rendah – Sekolah Inggeris PJ La Salle & Batu Pahat Montfort Sekolah Menengah – Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka Universiti – Monash University, Australia (Sarjana Muda Ekonomi)Kerjaya: Merupakan akauntan professional semenjak 1983.
Bank Senior Executive.
Politik: Ahli Parlimen Kota Melaka – 1986 hingga 1999 (3 penggal) Tahanan Politik (ISA) pada 27.10.1987 hingga 19.04.1989 (18 bulan) Dilantik sebagai Ketua Pemuda Socialis DAP pada 1992.Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha DAP pada 1995. Ditahan semula selama 18 bulan pada 25/08/1998 (Skandal Ketua Menteri Melaka,Rahim Tamby Chik) Dilantik sebagai Setiausaha DAP pada 2004.
Penglibatan Antarabangsa: Bekas Presiden MUISS (Monash University International Student Society).
Menteri Besar PERAK
–Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah AngloChinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri(1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membelibelah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firmaswasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buahnegara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang AhliJawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang DipertuaPAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan dibawahnya.
"Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.
"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau. malah beliau sendiri mampu menyelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban. Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.
Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

1 ulasan:

Jaafar Morad berkata...

Laman blog yang baik, indah dan penuh kebaikan dari segi pendidikan am, terima kasih